TITLE; Rahsia amalan wanita solehah
Friday, 16 November 2012 | 19:02 | 0 comments
Assalammualaikum,Hari ni aq nak share rahsia amalan wanita solehah yg aq baca dkt ada satu blog islamic ni, Semoga kita dapat menjadi wanita solehah dan menjadi amalan kita semua =)
1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.
2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk, menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah-lengah,
3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.
4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling membantu sesama saudara seagama. Sehingga malaikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allah SWT akan gantikan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.
5. Menjaga maruah diri
Untuk mejadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya melakukan maksiat dan perbuatan keji.
6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan-Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hamba-Nya.
7. Menjaga amanah
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan keatasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah, 'Kepada engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat sebuah kubur.